Polisi Privasi Global
POLISI PRIVASI GLOBAL INI TIDAK TERPAKAI KEPADA PEMASTAUTIN TURKI. ‘POLISI PRIVASI TURKI’ YANG DINYATAKAN DI BAWAH TERPAKAI KEPADA PEMASTAUTIN TURKI
1. PENGENALAN
Notis Privasi ini (“Notis Privasi”) berkaitan dengan (i) aplikasi perisian Socios atau mana-mana aplikasi perisian yang berkenaan sama ada digunakan pada peranti mudah alih atau pada komputer (“Apps”) dan (ii) laman web https://www.socios.com dan/atau apa-apa sub-laman web dan/atau domain berkenaan (dan/atau sub-domain) kepada https://www.socios.com (“Laman”), (iii) pemilik Laman dan (iv) perkhidmatan yang dibekalkan oleh Mediarex Enterprises Limited dan subsidiari-subsidiarinya sama ada secara langsung atau tidak langsung, termasuk tetapi tidak terhad kepada Socios Services Baltics UAB (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “Kami” “Socios”, dan/atau “Kumpulan Mediarex”).
“Anda”, dan “Pengguna” merujuk kepada orang yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti, iaitu Pengguna Laman, Apps dan/atau klien (atau klien prospektif) bagi mana-mana perkhidmatan Kami.
Notis Privasi ini memberi maklumat terperinci dan berlapis mengenai cara dan mengapa Kami memproses Data Peribadi (melalui Laman, sebarang Apps Kami, atau sebaliknya) serta maklumat terperinci mengenai hak Anda di bawah Perundangan Perlindungan Data Am 2016/679 (GDPR, EU 2016/679). Kami komited dalam melindungi privasi Anda dan akan mengendalikan maklumat anda secara terbuka dan jelas.
Kami amat menggalakkan Anda membaca Notis Privasi ini dengan teliti. Sila hubungi kami untuk sebarang penjelasan yang Anda mungkin perlu. Kami amat sudi untuk memberikan anda sebarang maklumat yang anda perlukan.
2. KANDUNGAN NOTIS PRIVASI INI
- Pengenalan
- Kandungan Notis Privasi ini
- Undang-undang yang Terpakai
- Siapakah kami?
- Apakah data peribadi?
- Data peribadi yang kami kumpul mengenai anda
- Bagaimana dan mengapa, kami mengumpul data peribadi
- Asas dan tujuan pemprosesan data peribadi anda
- Nota khusus tentang persetujuan
- Ketepatan data peribadi
- Pemasaran langsung
- Pindahan ke negara ketiga
- Komunikasi internet
- Pendedahan yang diberi kuasa
- Perkongsian data peribadi dengan kategori penerima yang lain
- Langkah-langkah keselamatan
- Tempoh penyimpanan
- Pemprosesan untuk sebab penyelidikan dan statistik
- Pautan kepada sumber pihak ketiga
- Kuki
- Orang yang bawah umur
- Hak anda di bawah undang-undang perlindungan data
- Apakah yang kami mungkin perlu daripada anda
- Tempoh untuk kami membalas permintaan anda
- Pengemaskinian
- Bahasa
3. UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI
Sebagai sebuah entiti yang ditubuhkan di Malta (EU), undang-undang privasi utama yang terpakai kepada Kami setakat mana berkenaan dengan Anda, adalah seperti yang berikut:
- Akta Perlindungan Data Maltese (Bab 586 di bawah Undang-undang Malta) serta pelbagai undang-undang subsidiari yang dikeluarkan di bawahnya – “DPA” sebagaimana yang mungkin dipinda atau diganti dari semasa ke semasa;
- Peraturan (EU) 2016/679 Parlimen dan Majlis Eropah pada 27 April 2016 tentang perlindungan orang semula jadi mengenai pemprosesan Data Peribadi dan pergerakan bebas data tersebut, dan yang memansuhkan Arahan 95/46/EC (Perundangan Perlindungan Data Am) – “GDPR” seperti yang dipinda atau diganti dari semasa ke semasa; dan
- Mana-mana undang-undang pengganti kepada DPA dan/atau GDPR.
- Dan mana-mana undang-undang perlindungan data lain terpakai yang Kumpulan Mediarex mungkin tertakluk kepada.
Kesemua undang-undang di atas dirujuk secara kolektif sebagai “Undang-Undang Perlindungan Data”.
4. SIAPAKAH KAMI
Kami adalah Socios Baltics UAB, sebuah syarikat yang berpusat di Lithuania dengan kod pendaftaran syarikat 306098470 dan mempunyai alamat pendaftaran di Workland, Gedimino av. 20, LT-01103, Vilnius, Lithuania. Kami merupakan pengawal data yang bertanggungjawab untuk memproses Data Peribadi Anda yang berlaku melalui Laman, App kami atau melalui cara yang diterangkan di atas dan juga membekalkan perkhidmatan dompet untuk jagaan $CHZ token. Socios Technologies AG, sebuah entiti yang didaftarkan di Switzerland, mempunyai nombor pendaftaran CHE-219.335.797, mengeluarkan dan menjual token peminat, serta membekalkan perkhidmatan dompet untuk jagaan token peminat.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan/komen/aduan tentang privasi atau jika Anda ingin menggunakan mana-mana hak individu Anda, sila hubungi Kami dengan menghantar emel kepada alamat berikut: dataprotection@socios.com dengan subjek “PERMINTAAN PRIVASI” atau dengan menulis atau menghubungi kami di:
PEGAWAI PERLINDUNGAN DATA
Socios Deportes,
c/ Leganitos, 47, 8º Planta,
28013, Madrid,
Spain.
Nombor hubungan: +34 616 675 015
5. APAKAH DATA PERIBADI
“DATA PERIBADI” bermakna apa-apa maklumat yang mengenalpasti Anda sebagai individu atau yang berkaitan dengan individu yang dapat dikenal pasti.
Sekiranya Kami tidak mungkin atau tidak boleh menggunakan data yang nyahperibadi dan/atau data yang telah dinyahperibadi (dalam cara yang tidak boleh mengenalpastikan mana-mana Pengguna Laman, Apps atau pelanggan perkhidmatan Kami), namun Kami masih komited dalam melindungi privasi Anda dan keselamatan Data Peribadi Anda pada setiap masa). Kami mengumpul Data Peribadi dalam pelbagai cara, secara berdigit melalui Laman atau Apps (ketika anda memilih untuk memberi Kami data tertentu atau dalam sebilangan kes-kes secara automatik, atau daripada pihak ketiga).
6. DATA PERIBADI YANG KAMI KUMPUL MENGENAI ANDA
Kami mungkin mengumpul pelbagai kategori data peribadi, termasuk:
Tujuan Untuk Pemprosesan | Kategori Data Peribadi/Penerangan | Asas Undang-Undang |
Untuk mendaftar Anda sebagai Pengguna; untuk mengenalpastikan Anda dan mengesahkan Anda apabila Anda mengakses Akaun anda. Untuk memastikan Kami mempunyai butir-butir mengenai Anda yang tepat. | Butir-Butir Hubungan: Nama penuh undang-undang, alamat emel, alamat kediaman, nombor telefon mudah alih, tarikh lahir, kerakyatan. | Pelaksanaan Perjanjian, Kepentingan Yang Sah (tidak terpakai kepada pengguna Malaysia) |
Jika anda muat naik gambar Anda secara sukarela Untuk melaksanakan pemeriksaan KYC kami). | Gambar: Tidak diwajibkan, untuk melengkapi profil pengguna anda. Diwajibkan untuk mengesahkan identiti dalam proses KYC. | Persetujuan (Tidak diwajibkan) Kewajipan Undang-undang (untuk tujuan KYC) |
Untuk mengenalpastikan bidang kuasa di mana Anda berada; untuk mengesan atau mencegah penipuan | Data Lokasi: alamat IP komputer yang disambungkan ke internet, lokasi data melalui telefon bimbit dan Apps yang digunakan serta data GPS. | Pelaksanaan Perjanjian, Kepentingan Yang Sah |
Untuk mengenalpastikan Anda sebagai Pengguna; Untuk melaksanakan pemeriksaan KYC kami. | Butiran Pengenalan Kebangsaan: Nombor atau kod yang dinisbahkan kepada anda oleh kerajaan untuk mengenalpastikan anda, seperti nombor pasport atau nombor pengenalan kebangsaan (termasuk kerakyatan). | Pelaksanaan Perjanjian, Kewajipan Undang-undang |
Untuk memproses dan mengurus transaksi pembayaran. | Data Pembayaran: Butir-butir pembayaran Anda, untuk membeli $CHZ; unsur transaksi Anda. | Pelaksanaan Perjanjian, Kewajipan Undang-undang |
Untuk mempertingkatkan Perkhidmatan Kami, dan mempertingkatkan pengalaman Anda terhadap perkhidmatan Kami. | Data Penggunaan: Butir-butir mengenai cara dan masa anda mengguna perkhidmatan Kami (Laman kami dan/atau Apps). | Kepentingan Yang Sah |
Untuk melaksanakan pemeriksaan usaha wajar. | Data Kenali Pelanggan Anda: Butir-butir mengenai Anda yang disimpan di dalam dokumen dalam pelbagai format, atau salinan-salinannya: Ini termasuk: · pasport; · kad pengenalan dan · bil utiliti yang mengesahkan identiti Anda dan atau sebaliknya membuktikan bukti alamat kediaman; · Dokumen sumber pendapatan (slip gaji, invois…) · serta sebarang dokumentasi tambahan lain yang dianggap perlu oleh pasukan pematuhan Kami. | Kewajipan Undang-undang |
Jenis Data yang Khusus | Undang-undang Perlindungan Data menganggapkan jenis-jenis maklumat peribadi tertentu sebagai khusus, yang mana Kami hanya akan mengumpul dan menggunakan jika undang-undang membenarkan Kami berbuat demikian. Data tersebut termasuk: · Hubungan politik; · Sabitan jenayah dan kesalahan | Kewajipan Undang-undang Persetujuan |
Untuk menebus tiket acara Anda | Nombor telefon bimbit, Alamat Emel, Nama Pengguna, Nama Pertama, Nama Keluarga, Tarikh Lahir, Kerakyatan, bukti dokumen ID, Data Pembayaran (Jumlah / Status Pembayaran / Jumlah $CHZ / Rujukan ID Pembayaran / Jenis Pembayaran), Selfie, Data +1 Anda yang Anda mengemukakan kepada Kami; nombor telefon bimbit, Alamat Emel, Nama Pertama, Nama Keluarga, Tarikh Lahir, Kerakyatan, Bukti dokumen ID. | Pelaksanaan Perjanjian, Kewajipan Undang-undang |
Untuk Menghantar Anda Komunikasi Pemasaran atau memanggil Anda untuk menawar Komunikasi Perkhidmatan | Nama, Nama Keluarga, Alamat Emel, nombor telefon bimbit, pilihan. | Persetujuan |
Kami mungkin menerbitkan nama pengguna anda dalam App atau Laman Kami atas sebab kefungsian beberapa ciri Kami (iaitu Papan Pendahulu). Kami mungkin berkongsi sebilangan daripada data tersebut dengan Rakan Perniagaan Kami untuk tujuan membekalkan kepada Anda sebahagian perkhidmatan. Sebelum Kami berbuat demikian, Kami akan sentiasa memaklumkan kepada Anda sebagai memenuhi kewajipan perjanjian Kami terhadap Anda, seorang Pengguna. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menghalangkan Kami membekalkan sebahagian perkhidmatan tersebut kepada Anda. Rakan Perniagaan akan meminta persetujuan Anda bagi tujuan pemasaran.
7. BAGAIMANA DAN MENGAPA KAMI MENGUMPUL DATA PERIBADI
Sebagai peraturan am, Kami tidak mengumpul sebarang Data Peribadi, iaitu, maklumat yang mengenalpastikan Anda sebagai seorang individu selain di mana Anda memilih untuk memberikan kepada Kami seperti data (termasuk Butiran Hubungan) yang Anda berikan apabila mendaftar dengan Laman atau Apps, apabila menghubungi Kami dengan pertanyaan berkenaan perkhidmatan Kami, apabila melanggan kepada apa-apa perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami atau melalui Laman Kami atau Apps, seperti apa-apa surat berita yang dikeluarkan oleh Kami dari semasa ke semasa atau apabila melanggan kepada apa-apa tawaran Kami (dan/atau ahli gabungan Kami dan/atau rakan korporat) yang mungkin ditawarkan dari semasa ke semasa.
Walau bagaimanapun, kami mungkin juga mengumpul data peribadi dari sumber lain, termasuk data syarikat, pangkalan data yang boleh diakses secara umum, rakan pemasaran bersama, platform media sosial dan pihak-pihak ketiga yang lain. Kami juga mungkin menerima Data Peribadi mengenai Anda daripada pihak ketiga apabila Kami perlu mengesahkan butir-butir hubungan Anda. Sekiranya ini berlaku, Kami akan mengambil semua Langkah yang diperuntukkan undang-undang untuk memaklumkan Anda secara selanjutnya mengenai sumber Data Peribadi tersebut serta kategori-kategori Data Peribadi yang kami kumpul dan memproses. Terdapat keadaan tertentu di bawah undang-undang di mana Kami secara khusus dilarang daripada mendedahkan kepada Anda aktiviti tersebut (contohnya, apabila kami menjalankan usaha wajar untuk tujuan pencegahan pengubahan wang haram).
Untuk maklumat mengenai Data Peribadi yang Kami mungkin kumpul secara automatik melalui Laman atau Apps, sila merujuk kepada seksyen Kuki di bawah.
Melainkan dinyatakan sebaliknya dan tertakluk kepada pelbagai kawalan, sebagai peraturan am, Kami hanya mengumpul Data Peribadi (daripada Anda atau sumber lain) di mana Kami:
- Perlu untuk membekalkan kepada Anda perkhidmatan yang diminta oleh Anda daripada Kami
- Diperuntukkan di bawah undang-undang untuk mengumpul/menggunakan dan untuk menyimpan untuk tempoh masa yang telah ditetapkan
- Percaya sebagai perlu untuk kepentingan perniagaan yang sah Kami
Untuk membekalkan perkhidmatan kami, dan untuk tujuan mencegah penggunaan perkhidmatan Kami yang tidak sah, kami menjalankan pemprofilan terhadap pelanggan kami dan aktiviti mereka dengan menggunakan proses secara automatik. Walau bagaimanapun, sebarang keputusan yang diambil berdasarkan profil dan maklumat ini diambil oleh orang semula jadi.
Penerangan terperinci tentang sebab kami memproses kategori-kategori data peribadi tertentu serta asas undang-undang yang sepadan untuk berbuat demikian, sila merujuk kepada “Apakah Tujuan Kami Menggunakan Data Peribadi Anda (Tujuan Pemprosesan)” di bawah.
Jika Anda ingin melawat laman “Kerjaya”, Anda akan dialihkan ke laman web Chiliz.com, yang dimiliki oleh salah satu entiti Kumpulan Kami.
8. ASAS DAN TUJUAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI ANDA
8.1 ASAS PEMPROSESAN DATA PERIBADI ANDA
Undang-Undang Perlindungan Data mengizinkan kami menggunakan data peribadi hanya jika Kami mempunyai sebab yang sah untuk berbuat demikian. GDPR menyatakan bahawa kami mesti mempunyai sekurang-kurangnya salah satu sebab di bawah:
- Untuk membekalkan perkhidmatan yang telah Anda berkontrak kepada
- Apabila ia merupakan kewajipan undang-undang Kami
- Apabila ia adalah dalam kepentingan sah Kami – ini merujuk kepada apabila Kami mempunyai sebab perniagaan atau komersial untuk menggunakan data peribadi Anda. Jika Kami bergantung kepada kepentingan sah Kami, Kami akan memberitahu anda apakah kepentingan itu
- Apabila Anda bersetuju terhadapnya: Sila ambil perhatian bahawa apabila kami bergantung kepada persetujuan Anda, ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa tanpa sebarang kos.
Pada 8.2 di bawah, Kami memberi penerangan mengenai tujuan-tujuan di mana Kami menggunakan Data peribadi Anda dan asas undang-undang yang kami masing-masing bergantung kepada untuk berbuat demikian.
8.2 TUJUAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI ANDA
Kami mungkin memproses Data Peribadi Anda untuk salah satu atau beberapa tujuan tersebut:
- Untuk tujuan menyediakan akaun di sistem kami, kategori-kategori data peribadi yang kami kumpulkan termasuk butir-butir hubungan, data KYC, butiran pengenalan kebangsaan dan data kategori khusus (secara khususnya hubungan politik). Asas undang-undang untuk pemprosesan data tersebut adalah berdasarkan keperluan perjanjian, kepentingan yang sah untuk memastikan kami mempunyai akaun yang tepat dan kewajipan undang-undang untuk tujuan usaha wajar.
- Untuk tujuan menguruskan hubungan kami dengan anda, menyediakan Apps kami kepada Anda dan membekalkan Anda dengan Perkhidmatan Kami termasuk menjemput Anda ke sukan dan acara penglibatan peminat. Kategori-kategori data peribadi yang kami kumpulkan adalah terutamanya butir-butir hubungan untuk tujuan keperluan perjanjian dan pematuhan kewajipan undang-undang. Perkhidmatan lokasi kami perlu mengumpul butir-butir hubungan dan data penjejakan berdasarkan keperluan perjanjian kami.
- Untuk tujuan menilai pertanyaan dan/atau permintaan yang anda hantar kepada kami untuk menggunakan/menerima apa-apa perkhidmatan kami (termasuk perkhidmatan sokongan pelanggan), kami terutamanya mengumpul butir-butir hubungan berdasarkan keperluan perjanjian dan kepentingan yang sah supaya kami dapat membalas pertanyaan anda.
- Untuk tujuan menubuhkan dan menyiasat sebarang tingkah laku yang mencurigakan bagi melindungi perniagaan kami daripada apa-apa risiko, penipuan atau aktiviti yang tidak sah (seperti pengubahan wang haram atau pembiayaan keganasan) dan untuk mematuhi undang-undang dan kewajipan peraturan termasuk pengesanan atau pencegahan terhadap apa-apa jenayah kewangan, kategori-kategori data peribadi yang kami kumpulkan adalah terutamanya data dokumentari, jenis-jenis data yang khusus, butiran pengenalan kebangsaan, data lokasi dan butir-butir hubungan, dan termasuk untuk mematuhi permintaan daripada pihak-pihak berkuasa kerajaan dan penguatkuasaan yang menjalankan penyiasatan. Asas undang-undang untuk mengumpul data tersebut adalah berdasarkan pematuhan kami terhadap kewajipan undang-undang dan kepentingan yang sah dalam mengesan dan mencegah penipuan atau aktiviti lain yang tidak sah.
- Untuk tujuan mematuhi kewajipan undang-undang dan peraturan-peraturan termasuk untuk pengesanan dan pencegahan terhadap jenayah kewangan kami perlu mengumpul data dokumentari, jenis-jenis data yang khusus, butiran pengenalan kebangsaan dan data lokasi berdasarkan kewajipan undang-undang kami.
- Untuk tujuan melanggan kepada dan menghantar surat berita atau senarai mel kepada anda, kami mengumpul butir-butir hubungan berdasarkan persetujuan Anda.
- Untuk tujuan menyelenggara dan mengemaskinikan rekod akaun pengguna di atas system kami, kami perlu mengumpul butir-butir hubungan berdasarkan keperluan perjanjian dan kepentingan yang sah untuk memastikan kami mempunyai rekod akaun pengguna yang tepat.
- Untuk tujuan meneruskan pengurusan hubungan kami dengan anda, kami perlu mengumpul butir-butir hubungan berdasarkan keperluan perjanjian dan pematuhan dengan kewajipan undang-undang.
- Untuk tujuan memperkembangkan dan menguruskan jenama kami, produk dan perkhidmatan kami akan mengumpul butir-butir hubugan berdasarkan kepentingan yang sah untuk memperkembangkan produk dan perkhidmatan kami.
- Untuk tujuan analisis data dalaman, kami perlu mengumpul butir-butir hubungan dan data penjejakan berdasarkan keperluan perjanjian.
- Untuk tujuan membenarkan anda mengambil bahagian dalam pertandingan dan untuk membenarkan anda menebus hadiah anda; untuk tujuan tersebut, kami mungkin perlu berkongsi data peribadi anda dengan Rakan-rakan Kongsi. Kami akan selalu memaklumkan anda sebelum berbuat demikian.
Sekiranya Kami perlu memproses data Anda pada masa depan, untuk tujuan baru yang sama sekali tidak berkaitan dengan yang di atas, Kami akan memaklumkan kepada Anda pemprosesan tersebut terlebih dahulu dan Anda boleh menggunakan hak Anda yang terpakai (seperti yang diterangkan di bawah) berkenaan dengan pemprosesan tersebut.
Akhirnya, sila ambil perhatian bahawa melainkan sebaliknya dinyatakan secara nyata, Anda perlu memberi Data Peribadi yang diminta oleh Kami untuk memproses Data Peribadi Anda untuk mana-mana tujuan yang dinyatakan di dalam Notis Privasi ini. Tanpa Data Peribadi mengenai Anda yang tertentu, Kami mungkin tidak berada dalam kedudukan untuk membekalkan kepada anda sebahagian atau kesemua perkhidmatan yang Anda jangkakan daripada Kami atau untuk menjamin kefungsian penuh Laman kami dan/atau App.
9. NOTA KHUSUS TENTANG PERSETUJUAN
Dalam kes-kes terhad tersebut, Kami akan memproses Data Peribadi Anda atas asas persetujuan Anda, yang Kami akan memperoleh daripada Anda melalui cara yang jelas dan nyata di atas Apps. Dalam kes-kes tersebut di mana Anda memberi Kami persetujuan Anda, Anda mempunyai hak untuk menarik balik persetujuan Anda pada bila-bila masa dan tanpa kos dan dalam cara yang sama dengan cara Anda memberikannya kepada Kami melainkan jika Kami telah menyediakan pilihan alternatif.
Jika Anda menggunakan hak Anda untuk menarik balik persetujuan Anda pada bila-bila masa (dengan menulis kepada Kami menggunakan alamat fizikal atau emel di seksyen 4), Kami akan menentukan pada peringkat itu sama ada terdapat asas undang-undang alternatif yang wujud untuk memproses Data Peribadi Anda (contohnya, di atas asas kewajipan undang undang yang Kami tertakluk kepada) di mana Kami dibenarkan secara sah (atau diwajibkan) untuk memproses Data Peribadi Anda tanpa memerlukan persetujuan Anda dan sekiranya demikian, akan memaklumkan Anda sedemikian.
Apabila Kami meminta persetujuan Anda untuk memproses Data Peribadi Anda untuk tujuan spesifik, Anda tetap bebas untuk menolak, walaupun, jika Anda menolak untuk memberi Kami data yang Kami perlu untuk membekalkan perkhidmatan yang diminta, terdapat kemungkinan Kami tidak dapat membekalkan kepada Anda perkhidmatan tersebut (seperi perkhidmatan lokasi, jemputan kepada acara sukan), secara khususnya jika persetujuan anda merupakan asas undang-undang tunggal yang tersedia kepada Kami.
Untuk menjelaskan lanjut, persetujuan bukan asas tunggal yang membenarkan Kami memproses Data Peribadi Anda. Dalam Seksyen 8 di atas, Kami menyatakan pelbagai asas yang Kami bergantung kepada apabila memproses Data Peribadi Anda untuk tujuan spesifik.
10. KETEPATAN DATA PERIBADI
Kami mengambil semua usaha yang munasabah untuk memastikan semua Data Peribadi yang Kami mungkin memegang mengenai Anda adalah terkini dan tepat, setakat yang mungkin. Anda boleh menyemak maklumat yang Kami memegang mengenai Anda pada bila-bila masa dengan menghubungi Kami dengan cara yang diterangkan di bawah. Jika Anda jumpa apa-apa ketidaktepatan, Kami akan mengubah mereka dan di mana diperlu, memadamkannya seperti yang diperlu. Sila merujuk di bawah untuk senarai hak Anda yang teliti mengenai apa-apa Undang-Undang Perlindungan Data yang terpakai.
11. PEMASARAN LANGSUNG
Kami hanya menghantar mesej mel, emel dan komunikasi lain (termasuk panggilan dan applikasi pemesejan yang lain) berkaitan dengan Perkhidmatan kami yang Anda gunakan (cth. untuk menjemput Anda kepada acara) dan pemasaran bagi pihak kami dan juga bagi pihak rakan kongsi kami di mana kami diberi kuasa untuk berbuat demikian di bawah undang-undang. Dalam kebanyakan kes Kami bergantung kepada persetujuan Anda untuk berbuat demikian (secara khususnya di mana Kami menggunakan komunkasi elektronik). Jika, pada bila-bila masa, Anda tidak lagi ingin menerima komunikasi pemasaran langsung daripada Kami, sila maklumkan Kami dengan menghubungi kami di Support@Socios.com.
Dalam kes pemasaran langsung yang dihantar melalui komunikasi elektronik (di mana Kami diberi kuasa di bawah undang-undang untuk berbuat demikian) Anda akan diberi cara yang mudah untuk memilih keluar (atau berhenti melanggan) daripada menerima apa-apa komunikasi tersebut.
Sila ambil perhatian bahawa walaupun Anda menarik balik apa-apa persetujuan Anda mungkin telah berikan kepada Kami atau jika Anda membantah menerima bahan pemasaran langsung tersebut daripada Kami (dalam kes-kes tersebut di mana Kami tidak perlu persetujuan Anda), dari semasa ke semasa Kami mungkin masih perlu menghantar Anda komunikasi penting tertentu yang Anda tidak boleh memilih keluar daripada.
12. PINDAHAN KEPADA NEGARA KETIGA
Sebagai prinsip am, Data Peribadi yang Kami memproses mengenai Anda (dikumpul melalui apa-apa Laman atau Apps atau sebaliknya) akan disimpan dan diproses di dalam Kesatuan Eropah (EU)/ Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) atau mana-mana negara lain bukan EEA yang dianggap oleh Suruhanjaya Eropah sebagai menawarkan tahap perlindungan yang mencukupi.
Dalam sebilangan kes, terdapat kemungkinan Kami perlu memindah Data Peribadi Anda kepada negara bukan EEA yang tidak dianggap oleh Suruhanjaya Eropah sebagai menawarkan tahap perlindungan yang mencukupi. Dalam kes-kes tersebut, selain daripada semua perlindungan sesuai yang kami melaksanakan, di dalam apa jua keadaan, untuk melindungi Data Peribadi Anda, Kami telah melaksanakan langkah-langkah tambahan yang mencukupi. Contohnya, Kami akan memastikan bahawa penerima diikat di bawah Klausa Perjanjian Standard EU (Klausa Model EU) yang direka untuk melindungi Data Peribadi Anda seperti ia serupa dengan pemindahan intra-EU, dan membekalkan langkah-langkah teknikal dan organisasi seperti yang diperlukan untuk melindungi Data Peribadi Anda. Anda dialu-alukan untuk menghubungi Kami untuk maklumat lanjut mengenai perlindungan mencukupi yang kami laksanakan mengenai pemindahan data tersebut.
13. KOMUNIKASI INTERNET
Anda sedar bahawa data yang dihantar melalui Internet mungkin dihantar merentasi sempadan antarabangsa walaupun di mana penghantar dan penerima maklumat adalah bertempat di negara yang sama. Kami tidak dipertanggungjawabkan untuk apa-apa yang dibuat atau tidak dibuat oleh Anda atau mana-mana pihak ketiga yang berhubungan dengan sebarang Data Peribadi sebelum Kami menerimakannya termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa pemindahan Data Peribaadi daripada Anda kepada Kami melalui negara yang mempunyai tahap perlindungan data peribadi yang lebih rendah daripada yang di dalam Kesatuan Eropah, dan ini, dengan apa jua cara teknologi sekalipun.
Tambahan lagi, Kami tidak akan menerima sebarang tanggungjawab atau liabiliti untuk keselamatan data Anda semasa ia dalam transit melalui internet selainnya jika tanggungjawab Kami terhasil secara eksplisit daripada undang-undang yang berkuat kuasa di Malta.
14. PENDEDAHAN YANG DIBERI KUASA
Tanpa prejudis kepada apa-apa yang terkandung di dalam Notis Privasi ini dan demi kepentingan ketelusan penuh, Kami berhak untuk mendedahkan (dan sebaliknya memproses) apa-apa Data Peribadi relevan berkenaan dengan Anda yang Kami mungkin memproses (termasuk dalam kes-kes tertentu alamat IP yang relevan) kepada pihak ketiga yang diberi kuasa di dalam atau di luar EU/EEA jika pendedahan tersebut dibenarkan di bawah Undang-Undang Perlindungan Data (sama ada Anda telah memberi persetujuan Anda atau tidak) termasuk tetapi tidak terhad kepada contoh berikut:
- Untuk tujuan mencegah, mengesan atau menekan penipuan, memerangi pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan (contohnya, jika Anda memberi maklumat yang palsu atau menipu mengenai Anda atau cuba menyamar sebagai orang lain, Kami mungkin mendedahkan apa-apa maklumat Kami mempunyai mengenai Anda yang berada dalam simpanan Kami untuk membantu apa-apa jenis penyiasatan kepada Tindakan Anda);
- Sekiranya Mediarex Group atau mana-mana subsidiari-subsidiarinya terlibat dalam penggabungan, penjualan, penyusunan semula, pemerolehan, usaha sama, penyerahan hak atau pemindahan (perniagaan, saham, aset atau sebaliknya). Dalam kes sedemikian, kami akan cuba memaklumkan anda mengenai tersebut, serta identiti Pengawal Data baru secara berkomunikasi dengan anda secara langsung, dengan meletak notis awam di atas laman web kami dan juga mungkin mengguna media sesuai yang lain;
- Untuk melindungi dan mempertahankan hak Kami (termasuk hak terhadap harta benda), keselamatan, atau hak milikan ahli gabungan Kami, Pengguna Laman Kami ataupun Anda.
- Untuk melindungi daripada penyalahgunaan atau penggunaan tanpa kebenaran Laman atau App Kami;
- Untuk apa-apa tujuan yang mungkin diperlukan untuk melaksanakan apa-apa perjanjian Anda dengan Kami (termasuk permintaan untuk membekalkan perkhidmatan daripada pihak ketiga) atau untuk mengambil langkah menurut permintaan Anda sebelum memasukki perjanjian ini mungkin termasuk, contohnya, berkongsi data peribadi Anda dengan Rakan Kongsi kami, untuk membenarkan anda mengambil bahagian dalam pertandingan dan untuk membenarkan anda menebus hadiah anda;
- Untuk mematuhi sebarang kewajipan undang-undang seperti yang mungkin timbul sebagai tindak balas kepada mana-mana perintah badan kehakiman (sepina atau sebaliknya), untuk bekerjasama dengan permintaan perbadanan negeri atau pihak berkuasa kawal selia atau perintah atau permintahan rasmi yang serupa untuk Data Peribadi; atau
- Seperti yang sebaliknya dibenarkan secara khususnya atau diperlukan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang yang terpakai.
15. PERKONGSIAN DATA PERIBADI DENGAN KATEGORI PENERIMA YANG LAIN
Kami mungkin berkongsi data peribadi Anda dengan entiti Kumpulan Kami untuk membekalkan kepada Anda perkhidmatan yang diminta dan untuk tujuan pentadbiran dalaman. Kami juga mungkin berkongsi data peribadi anda dengan pembekal perkhidmatan luaran, untuk tujuan membekalkan kepada Anda perkhidmatan yang anda minta. Dalam kesemua kes, kami hanya akan berkongsi Data anda atas asas “perlu-tahu” untuk memenuhi tujuan yang ditafsirkan di atas.
Kami menggalakkan Anda membaca Notis Privasi pihak ketiga untuk memahami amalan privasi mereka.
15.1 PEMPROSESAN DATA ANDA DENGAN PIHAK KETIGA UNTUK MENAWARKAN KEPADA ANDA PERKHIDMATAN KAMI
Data relevan juga akan didedahkan atau dikongsi seperti yang sesuai (dan dalam kesemua kes menurut Undang-Undang Perlindungan Data) kepada/dengan ahli-ahli dan kakitangan Mediarex, kepada/dengan entiti gabungan Mediarex lain dan/atau sub-kontraktor yang ditubuhkan di dalam Kesatuan Eropah jika berkaitan dengan apa-apa tujuan yang disenaraikan di dalam Notis Privasi ini (termasuk kepada/dengan pembekal perkhidmatan Kami yang memudahkan kefungsian Laman dan App kami dan/atau sebarang perkhidmatan yang Anda mungkin perlu).
Sebarang pendedahan yang diberi kuatkuasa tersebut akan dibuat selaras dengan Undang-Undang Perlindungan Data (contohnya semua pemproses Kami diikat dengan perjanjian oleh sebab keperluan di bawah Undang-Undang Perlindungan Data tersebut, termasuk kewajipan yang ketat untuk menyimpan apa-apa maklumat yang diterima secara rahsia dan untuk memastikan pekerja/kakitangan mereka juga diikat dengan kewajipan serupa). Pembekal perkhidmatan tersebut juga diikat oleh beberapa kewajipan lain (secara khususnya, Artikel 28 dalam GDPR).
15.2 PEMINDAHAN DATA ANDA DENGAN PIHAK KETIGA UNTUK LANJUTKAN PERKHIDMATAN KAMI DAN UNTUK SEBAB PEMASARAN OLEH PIHAK KETIGA
Data Peribadi Anda juga akan dikongsi dengan rakan perniagaan kami, secara khususnya barangan berjenama pasukan sukan (cth. barang dagangan) dan perkhidmatan (cth. tiket acara sukan dan kemasukan ke stadium untuk menghadiri acara sukan) yang Anda secara khususnya memilih untuk mengguna, membeli atau berinteraksi dengan melalui Laman dan/atau App.
Walau bagaimanapun, Data Peribadi anda tidak akan diproses oleh pihak ketiga tersebut untuk tujuan pemasaran mereka melainkan jika Anda telah memberi persetujuan untuk tujuan tersebut. Setelah persetujuan Anda dikumpul di atas Apps Kami, pihak-pihak ketiga yang mana Kami mungkin mendedahkan dan/atau berkongsi Data Peribadi Anda kepada adalah, pada tarikh Notis Privasi in, pihak-pihak yang berikut:
- Pembekal Perkhidmatan Awan (Cloud Service Provider) pengehosan data di bawah protokol keselamatan terkini dan kawalan eksklusif kami.
- Pembekal Perkhidmatan IT untuk penyelenggaraan dan sokongan sistem IT/Laman(-laman) kami dengan akses terhad di bawak kawalan yang ketat.
- Pembekal Perisian Sokongan Pelanggan untuk membekalkan perisian sokongan pelanggan untuk membekalkan pengguna kami dengan sokongan pelanggan yang berperingkat tinggi dengan mengehadkan akses dan kawalan ketat kami.
- Alatan Pengurusan Pemasaran dan Pengekalan Pelanggan untuk membekalkan hantaran komunikasi pemasaran dan emel di bawah pengurusan dan kawalan ketat kami.
- Pihak Berkuasa untuk mematuhi kewajipan undang-undang dan hanya selepas pengesahan telah dibuat untuk keperluan pendedahan.
- Penasihat kewangan dan undang-undang bebas kami untuk membekalkan sokongan undang-undang dan kewangan kepada Mediarex dan ahli-ahli gabungan.
- Rakan Perniagaan yang kami mempunyai perjanjian kerjasama atau perkongsian dengan untuk mempermudahkan dan mempertingkatkan perkhidmatan dan barangan yang dirujuk kepada anda, termasuk menyesuaikan perkhidmatan dan barangan tersebut jika dianggap sesuai.
- Rakan pengiklanan dan platform media sosial untuk tujuan pemasaran bagi menghantar iklan kepada Anda kerana Anda mungkin berminat terhadap perkhidmatan Kami atau untuk menghantar iklan Kami kepada orang yang mempunyai profil serupa dengan Anda, menggunakan contohnya “Khalayak Tersuai” Facebook atau “Google Ads”.
16. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
Data Peribadi yang Kami mungkin memegang (dan/atau memindah kepada mana-mana ahli gabungan/rakan kongsi/sub-kontraktor, mengikut kes terpakai) akan dipegang dengan selamat dan selaras dengan polisi keselamatan dalaman Kami dan undang-undang yang terpakai.
Kami menggunakan usaha yang munasabah untuk melindungi kerahsiaan kepada mana-mana dan/atau kesemua Data Peribadi yang mungkin Kami memproses berkenaan dengan Anda dan kami secara berkala menyemak dan mempertingkatkan prosedur teknikal, fizikal dan pengurusan Kami untuk memastikan Data Peribadi Anda dilindungi daripada:
- Akses tanpa kebenaran
- Penggunaan atau pendedahan yang tidak wajar
- Pengubahsuaian tanpa kebenaran
- Kemusnahan yang menyalahi undang-undang atau kehilangan yang tidak sengaja
Kami melaksanakan polisi keselamatan, peraturan dan langkah-langkah teknikal dan organisasi untuk melindungi Data Peribadi yang Kami mungkin mempunyai di bawah kawalan Kami. Semua ahli-ahli, kakitangan dan pengawal data (termasuk sub-kontraktor spesifik dan pembekal perkhidmatan awan yang ditubuhkan dalam Kesatuan Eropah), yang mungkin mempunyai akses kepada dan berhubung dengan pemprosesan Data Peribadi, selanjutnya diwajipkan (di bawah perjanjian) untuk menghormati kerahsiaan Data Peribadi Pengguna dan klien Kami serta kewajipan lain yang dikenakan oleh Undang-Undang Perlindungan Data.
Walaupun semua perkara di atas, Kami tidak boleh menjamin penghantaran data atau sistem simpanan boleh 100% selamat. Pihak ketiga yang diberi kuasa, dan pembekal perkhidmatan pihak ketiga/luaran, dengan akses yang dibenarkan terhadap Data Peribadi Anda (seperti yang diterangkan di dalam Notis Privasi ini) adalah secara khususnya diperlukan untuk menggunakan langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang sesuai untuk melindungi Data Peribadi daripada pendedahan, kehilangan atau kemusnahan tanpa kebenaran atau tidak sengaja dan daripada pemprosesan yang tidak sah di sisi undang-undang.
Seperti yang dinyatakan di atas, pembekal perkhidmatan tersebut juga diikat oleh beberapa kewajipan selaras dengan Undang-Undang Perlindungan Data (secara khususnya, Artikel 28 dalam GDPR).
17. TEMPOH PENYIMPANAN
Di bawah Undang-Undang Perlindungan Data EU, Kami akan menyimpan Data Peribadi Anda hanya sepanjang tempoh yang diperlukan (dengan mengambil kira tujuan asalnya diperolehi). Kriteria Kami mengguna untuk menentukan apakah “perlu” bergantung kepada Data Peribadi tertentu dan hubungan spesifik yang Kami mempunyai dengan Anda (termasuk tempohnya).
Amalan standard Kami adalah untuk menentukan sama ada terdapat sebarang undang-undang Malta atau EU (contohnya undang-undang cukai atau korporat) yang membenarkan atau bahkan mewajibkan Kami menyimpan Data Peribadi tertentu untuk tempoh masa yang tertentu (dalam keadaan demikian Kami akan menyimpan Data Peribadi untuk tempoh maksimum yang ditetapkan oleh undang-undang tersebut).
Kami juga perlu menentukan sama ada terdapat sebarang undang-undang dan/atau peruntukan kontrak yang mungkin digunakan oleh Anda terhadap Kami dan/atau oleh pihak ketiga dan jika demikian, apa tempoh yang ditetapkan untuk tindakan tersebut (ini biasanya lima (5) tahun). Dalam keadaan tersebut, Kami akan menyimpan Data Peribadi relevan yang Kami mungkin perlu untuk mempertahankan pihak Kami daripada sebarang tuntutan, cabaran atau tindakan lain oleh Anda dan/atau pihak ketiga untuk tempoh yang diperlukan.
Kami akan menyimpan Data Peribadi anda di sistem Kami untuk tempoh yang lebih panjang dalam tempoh-tempoh berikut:
- Sepanjang tempoh Anda merupakan pelanggan atau pengguna perkhidmatan Kami
- Apa-apa tempoh penyimpanan yang diperlukan di bawah undang-undang yang terpakai
- Hujung tempoh litigasi atau penyiasatan mengenai produk atau perkhidmatan Kami mungkin timbul
Di mana Kami tidak lagi memerlukan Data Peribadi Anda, kami akan memadamkan atau menyahperibadikan Data Peribadi tersebut dengan selamat.
18. PEMPROSESAN UNTUK SEBAB PENYELIDIKAN DAN STATISTIK
Penyelidikan dan statistik yang menggunakan maklumat Pengguna atau klien hanya dijalankan supaya Kami boleh memahami keperluan Pengguna dan/atau klien Kami dan untuk memperkembangkan dan mempertingkatkan perkhidmatan/aktiviti Kami. Dalam apa-apa jua keadaan, Kami akan selalu memastikan Kami memperolehi apa-apa persetujuan daripada Anda yang Kami perlukan dari sisi undang-undang terlebih dahulu. Seperti dalam semua kes lain, Kami juga akan memastikan untuk melaksanakan kesemua perlindungan yang sesuai seperti yang diperlukan.
19. PAUTAN KEPADA SUMBER PIHAK KETIGA
Pautan yang mungkin Kami berikan kepada tapak web pihak ketiga ditanda dengan jelas dan Kami tidak bertanggungjawab dalam apa-apa cara sekalipun (kami juga tidak boleh dianggap sebagai menyokongkan dalam apa-apa cara sekalipun) terhadap kandungan laman web tersebut (termasuk apa-apa jenis polisi privasi atau operasi pemprosesan data yang terpakai). Kami mencadangkan Anda meneliti polisi privasi laman web pihak ketiga tersebut.
20. KUKI
Apabila Anda melawat laman Kami atau menggunakan App kami, Kami akan mengumpul kategori Data Peribadi tertentu secara automatik melalui penggunaan kuki dan teknologi serupa.
Untuk maklumat yang lebih lanjut termasuk apakah kuki dan bagaimana dan mengapa Kami memproses data tersebut dengan cara ini (termasuk perbezaan antara kuki yang “penting” dan “tidak penting”), sila membaca Notis Kuki yang terperinci Kami: https://www.socios.com/cookies-policy/
Terdapat kemungkinan Laman/App Kami juga mempunyai ciri widget media sosial. Widget media sosial adalah dihos oleh pihak ketiga atau secara langsung pada laman kami. Semasa menggunakan widget tersebut atau laman web kami pada platform pembekal tersebut, kami menggalakkan anda membaca dan merujuk kepada notis privasi mereka secara masing-masing.
21. ORANG YANG BAWAH UMUR
Laman, App dan perkhidmatan Kami tidak bertujuan untuk digunakan oleh sesiapa yang berumur di bawah lapan belas (18) dan oleh sebab itu Kami tidak akan sengaja mengumpul atau memporses sebarang Data Peribadi daripada orang bawah umur seperti ini. Jika Anda di bawah umur untuk memberi persetujuan, sila merunding dan mendapat kebenaran ibu bapa Anda atau penjaga yang sah anda untuk menggunakan laman, App dan apa-apa perkhidmatan lain Kami.
Kami akan menggangap semua Data Peribadi bagi orang-orang – bergantung kepada bidang kuasa – di bawah umur enam belas (16) atau lapan belas (18) yang Kami telah terima, sebagai telah dihantar dengan kuasa yang sah daripada pemegang tanggungjawab ibu bapa bagi anak tersebut dan bahawa penghantar boleh menunjukkan kuasa sedemikian pada bila-bila masa, atas permintaan kami.
22. HAK ANDA DI BAWAH UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN DATA
Sebelum memberi maklumbalas kepada sebarang permintaan yang Anda buat dengan Kami, Kami mungkin perlu mengesahkan identiti Anda terlebih dahulu.
Seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen Tempoh Penyimpanan di atas, Kami mungkin perlu menyimpan Data Peribadi tertentu untuk mematuhi kewajipan penyimpanan undang-undang Kami dan juga untuk melengkapi transaksi yang Anda minta sebelum perubahan atau pemadaman yang Anda minta.
Jika Anda berada di dalam EU/EEA, di bawah keadaan tertentu, Anda mempunyai hak mengikut undang-undang untuk:
- Dimaklumkan mengenai cara Kami menggunakan Data Peribadi anda dan mengenai hak anda dalam cara yang jelas, telus dan mudah difahami.
- Meminta akses kepada maklumat peribadi anda (biasanya dikenali sebagai “permintaan akses subjek data”). Ini membolehkan anda menerima sesalinan Data Peribadi yang kami pegang mengenai anda dan untuk menyemak bahawa kami memprosesnya secara sah.
- Minta perubahan kepada Data Peribadi yang kami pegang mengenai anda. Ini membolehkan Anda mengubah maklumat yang tidak lengkap atau tidak betul yang Kami pegang mengenai Anda.
- Minta pemadaman Data Peribadi Anda. Ini membolehkan Anda meminta Kami memadam atau membuang maklumat peribadi di mana tiada sebab sah untuk Kami terus memproseskannya (contohnya, kami mungkin perlu terus menggunakan Data Peribadi anda untuk mematuhi kewajipan undang-undang dan peraturan kami).
- Tujuan pemprosesan Data Peribadi Anda di mana Kami bergantung kepada kepetingan yang sah (atau yang berpunca dari pihak ketiga) dan terdapat sebarang yang membuat Anda mahu membantahkan penggunaan Data Peribadi Anda oleh Kami dan kami tidak mempunyai asas yang sah untuk berbuat demikian, yang mengatasi hak, kepentingan dan kebebasan Anda (contohnya, Kami mungkin perlu ia untuk mempertahankan kes undang-undang). Anda juga mempunyai hak untuk mebantah apabila Kami memproses maklumat peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung.
- Minta sekatan pemprosesan Data Peribadi Anda. Ini membolehkan Anda meminta kami menangguhkan pemprosesan Data Peribadi mengenai Anda, contohnya jika Anda ingin Kami menentukan ketepatan atau sebab untuk memproseskannya.
- Minta pemindahan Data Peribadi Anda kepada pihak lain di mana anda memberikannya kepada Kami dan Kami menggunakannya berdasarkan persetujuan anda, atau untuk menjalankan perjanjian bersama Anda, dan yang kami memproseskan secara automatik.
- Menarik balik persetujuan. Dalam keadaan terhad di mana Kami bergantung kepada persetujuan Anda (yang bertentangan dengan asas undang-undang lain yang dinyatakan di atas) untuk mengumpul, memproses dan memindah Data Peribadi anda untuk tujuan spesifik, Anda mempunyai hak untuk menarik balik persetujuan anda untuk pemprosesan spesifik itu pada bila-bila masa dan tanpa kos. Setelah kami menerima notifikasi bahawa Anda telah menarik balik persetujuan Anda, Kami tidak lagi akan memproses Data Peribadi Anda untuk tujuan tersebut atau tujuan-tujuan asal Anda bersetuju melainkan jika Kami mempunyai kepentingan yang sah untuk berbuat demikan atau Kami diikat oleh keperluan peraturan untuk terus berbuat demikian bagi tempoh masa yang ditafsirkan.
- Membuat aduan. Jika Anda berpendapat bahawa Kami menggunakan maklumat Anda dalam cara yang melanggari Undang-Undang Perlindungan Data, Anda mempunyai hak untuk membuat aduan kepada Pihak Berkuasa Penyeliaan Perlindungan Data, jika anda di dalam Malta, ini adalah Pejabat Pesuruhjaya Maklumat dan Perlindungan Data (‘IDPC’) yang boleh diakses dengan mengklik pautan ini www.idpc.org.mt. Anda boleh mencari senarai Pihak Berkuasa di sini.
- Kami mohon agar Anda cuba menyelesaikan sebarang isu yang mungkin anda hadapi dengan Kami terlebih dahulu.
Jika Anda tidak berada dalam EU/EEA, sila hubungi Kami di dataprotection@socios.com untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai keperluan perlindungan data dalam bidang kuasa yang Anda berada dalam.
23. APAKAH YANG KAMI MUNGKIN PERLU DARIPADA ANDA
Kami mungkin perlu meminta maklumat spesifik daripada Anda untuk membantu kami memahami sifat aduan atau permintaan Anda, untuk mengesahkan identiti Anda dan memastikan hak Anda untuk mengakses maklumat (atau untuk menggunakan apa-apa hak Anda yang lain). Ini merupakan lagi satu langkah keselamatan sesuai untuk memastikan maklumat peribadi tidak didedahkan kepada orang yang tidak mempunyai hak untuk menerimakannya.
Jika permintaan anda dalam menggunakan hak-hak yang dinyatakan di atas secara nyata tidak berasas atau berlebihan, secara khususnya oleh sebab sifat mereka yang berulang-ulang, Kami berhak untuk mengenakan bayaran yang munasabah kepada Anda yang akan ditentukan mengikut budi bicara Kami, dengan mengambil kira kos pentadbiran yang ditanggung oleh kami untuk memberikan maklumat atau komunikasi atau mengambil tindakan yang diminta oleh Anda. Kami akan berkomunikasi dengan anda terlebih dahulu mengenai jumlah bayaran yang akan dikenakan dalam keadaan demikian.
24. TEMPOH UNTUK KAMI MEMBALAS PERMINTAAN ANDA?
Dalam semua kes, Kami akan cuba bertindak atas permintaan anda secepat yang munasabah mungkin, selambatnya dalam tempoh satu bulan permintaan tersebut diterima (yang tempoh boleh dilanjutkan lagi dua (2) bulan di mana perlu), mengambil kira kerumitan dan jumlah permintaan. Kami akan memaklumkan Anda mengenai apa-apa lanjutan dalam tempoh satu (1) bulan penerimaan permintaan, bersama dengan sebab bagi kelewatan.
Jika Anda tidak berada dalam EU/EEA, undang-undang dalam negeri untuk bidang kuasa yang Anda berada dalam mungkin nyatakan tempoh masa yang berbeza. Jika Anda ingin menerima maklumat lanjut, sila hubungi Kami di dataprotection@socios.com.
25. PENGEMASKINIAN
Kami berhak untuk mengubahsuai Notis Privasi ini secara unilateral pada bila-bila masa, terutamanya jika kewajipan berkanun memberi mandat sedemikian atau kepentingan keselamatan pengguna kami memerlukannya. Untuk memaklumkan Anda apabila kami membuat perubahan kepada Notis Privasi ini, Kami akan memindah tarikh semakan. Kami tidak akan memaklumkan anda mengenai perubahan tersebut secara rasmi, dan oleh sebab ini ia adalah dalam kepentingan Anda untuk menyemak laman Notis Privasi ini dari semasa ke semasa untuk membiasakan diri dengan sebarang perubuhan, melainkan jika perubahan adalah substansial, dalam hal ini Kami akan memberitahui Anda tentang perubahan dan menawarkan anda peluang untuk melihat perubahan ini dan memutuskan sama ada anda ingin kekal sebagai pelanggan kami sebelum perubahan ini berkuat kuasa.
26. BAHASA
Selaras dengan undang-undang perlindungan data tempatan, Notis Privasi ini juga tersedia dalam Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman dan percanggahan dengan versi Bahasa Inggeris, versi Bahasa Inggeris akan tergunapakai.