Polisi Privasi Global

POLISI PRIVASI GLOBAL INI TIDAK TERPAKAI KEPADA PEMASTAUTIN TURKI. ‘POLISI PRIVASI TURKI’ YANG DINYATAKAN DI BAWAH TERPAKAI KEPADA PEMASTAUTIN TURKI

Dikemaskini: 1 April 2023

1. PENGENALAN

Notis Privasi ini (“Notis Privasi”) berkaitan dengan (i) aplikasi perisian Socios atau mana-mana aplikasi perisian yang berkenaan sama ada digunakan pada peranti mudah alih atau pada komputer (“Apps”) dan (ii) laman web https://www.socios.com dan/atau apa-apa sub-laman web dan/atau domain berkenaan (dan/atau sub-domain) kepada https://www.socios.com (“Laman”), (iii) pemilik Laman dan (iv) perkhidmatan yang dibekalkan oleh Mediarex Enterprises Limited dan subsidiari-subsidiarinya sama ada secara langsung atau tidak langsung, termasuk tetapi tidak terhad kepada Socios Services Baltics UAB (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “Kami” “Socios”, dan/atau “Kumpulan Mediarex”).

Anda”, dan “Pengguna” merujuk kepada orang yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti, iaitu Pengguna Laman, Apps dan/atau klien (atau klien prospektif) bagi mana-mana perkhidmatan Kami.

Notis Privasi ini memberi maklumat terperinci dan berlapis mengenai cara dan mengapa Kami memproses Data Peribadi (melalui Laman, sebarang Apps Kami, atau sebaliknya) serta maklumat terperinci mengenai hak Anda di bawah Perundangan Perlindungan Data Am 2016/679 (GDPR, EU 2016/679). Kami komited dalam melindungi privasi Anda dan akan mengendalikan maklumat anda secara terbuka dan jelas.

Kami amat menggalakkan Anda membaca Notis Privasi ini dengan teliti. Sila hubungi kami untuk sebarang penjelasan yang Anda mungkin perlu. Kami amat sudi untuk memberikan anda sebarang maklumat yang anda perlukan.

2. KANDUNGAN NOTIS PRIVASI INI

  1. Pengenalan
  2. Kandungan Notis Privasi ini
  3. Undang-undang yang Terpakai
  4. Siapakah kami?
  5. Apakah data peribadi?
  6. Data peribadi yang kami kumpul mengenai anda
  7. Bagaimana dan mengapa, kami mengumpul data peribadi
  8. Asas dan tujuan pemprosesan data peribadi anda
  9. Nota khusus tentang persetujuan
  10. Ketepatan data peribadi
  11. Pemasaran langsung
  12. Pindahan ke negara ketiga
  13. Komunikasi internet
  14. Pendedahan yang diberi kuasa
  15. Perkongsian data peribadi dengan kategori penerima yang lain
  16. Langkah-langkah keselamatan
  17. Tempoh penyimpanan
  18. Pemprosesan untuk sebab penyelidikan dan statistik
  19. Pautan kepada sumber pihak ketiga
  20. Kuki
  21. Orang yang bawah umur
  22. Hak anda di bawah undang-undang perlindungan data
  23. Apakah yang kami mungkin perlu daripada anda
  24. Tempoh untuk kami membalas permintaan anda
  25. Pengemaskinian
  26. Bahasa

3. UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI

Sebagai sebuah entiti yang ditubuhkan di Malta (EU), undang-undang privasi utama yang terpakai kepada Kami setakat mana berkenaan dengan Anda, adalah seperti yang berikut:

Kesemua undang-undang di atas dirujuk secara kolektif sebagai “Undang-Undang Perlindungan Data”.

4. SIAPAKAH KAMI

Kami adalah Socios Baltics UAB, sebuah syarikat yang berpusat di Lithuania dengan kod pendaftaran syarikat 306098470 dan mempunyai alamat pendaftaran di Workland, Gedimino av. 20, LT-01103, Vilnius, Lithuania.  Kami merupakan pengawal data yang bertanggungjawab untuk memproses Data Peribadi Anda yang berlaku melalui Laman, App kami atau melalui cara yang diterangkan di atas dan juga membekalkan perkhidmatan dompet untuk jagaan $CHZ token. Socios Technologies AG, sebuah entiti yang didaftarkan di Switzerland, mempunyai nombor pendaftaran CHE-219.335.797, mengeluarkan dan menjual token peminat, serta membekalkan perkhidmatan dompet untuk jagaan token peminat.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan/komen/aduan tentang privasi atau jika Anda ingin menggunakan mana-mana hak individu Anda, sila hubungi Kami dengan menghantar emel kepada alamat berikut: dataprotection@socios.com dengan subjek “PERMINTAAN PRIVASI” atau dengan menulis atau menghubungi kami di:

PEGAWAI PERLINDUNGAN DATA

Socios Deportes,

c/ Leganitos, 47, 8º Planta,

28013, Madrid,

Spain.

Nombor hubungan: +34 616 675 015

5. APAKAH DATA PERIBADI

DATA PERIBADI” bermakna apa-apa maklumat yang mengenalpasti Anda sebagai individu atau yang berkaitan dengan individu yang dapat dikenal pasti.

Sekiranya Kami tidak mungkin atau tidak boleh menggunakan data yang nyahperibadi dan/atau data yang telah dinyahperibadi (dalam cara yang tidak boleh mengenalpastikan mana-mana Pengguna Laman, Apps atau pelanggan perkhidmatan Kami), namun Kami masih komited dalam melindungi privasi Anda dan keselamatan Data Peribadi Anda pada setiap masa). Kami mengumpul Data Peribadi dalam pelbagai cara, secara berdigit melalui Laman atau Apps (ketika anda memilih untuk memberi Kami data tertentu atau dalam sebilangan kes-kes secara automatik, atau daripada pihak ketiga).

6. DATA PERIBADI YANG KAMI KUMPUL MENGENAI ANDA

Kami mungkin mengumpul pelbagai kategori data peribadi, termasuk:

Tujuan Untuk Pemprosesan Kategori Data Peribadi/PeneranganAsas Undang-Undang
Untuk mendaftar Anda sebagai Pengguna; untuk mengenalpastikan Anda dan mengesahkan Anda apabila Anda mengakses Akaun anda. Untuk memastikan Kami mempunyai butir-butir mengenai Anda yang tepat.Butir-Butir Hubungan:
Nama penuh undang-undang, alamat emel, alamat kediaman, nombor telefon mudah alih, tarikh lahir, kerakyatan. 
Pelaksanaan Perjanjian, Kepentingan Yang Sah (tidak terpakai kepada pengguna Malaysia)
Jika anda muat naik gambar Anda secara sukarela
 
Untuk melaksanakan pemeriksaan KYC kami).
Gambar: Tidak diwajibkan, untuk melengkapi profil pengguna anda. Diwajibkan untuk mengesahkan identiti dalam proses KYC.Persetujuan (Tidak diwajibkan)
Kewajipan Undang-undang (untuk tujuan KYC)
Untuk mengenalpastikan bidang kuasa di mana Anda berada; untuk mengesan atau mencegah penipuanData Lokasi: alamat IP komputer yang disambungkan ke internet, lokasi data melalui telefon bimbit dan Apps yang digunakan serta data GPS.Pelaksanaan Perjanjian, Kepentingan Yang Sah
Untuk mengenalpastikan Anda sebagai Pengguna; Untuk melaksanakan pemeriksaan KYC kami.Butiran Pengenalan Kebangsaan: Nombor atau kod yang dinisbahkan kepada anda oleh kerajaan untuk mengenalpastikan anda, seperti nombor pasport atau nombor pengenalan kebangsaan (termasuk kerakyatan).Pelaksanaan Perjanjian, Kewajipan Undang-undang
Untuk memproses dan mengurus transaksi pembayaran.Data Pembayaran: Butir-butir pembayaran Anda, untuk membeli $CHZ; unsur transaksi Anda.Pelaksanaan Perjanjian, Kewajipan Undang-undang
Untuk mempertingkatkan Perkhidmatan Kami, dan mempertingkatkan pengalaman Anda terhadap perkhidmatan Kami.Data Penggunaan: Butir-butir mengenai cara dan masa anda mengguna perkhidmatan Kami (Laman kami dan/atau Apps).Kepentingan Yang Sah
Untuk melaksanakan pemeriksaan usaha wajar.Data Kenali Pelanggan Anda: Butir-butir mengenai Anda yang disimpan di dalam dokumen dalam pelbagai format, atau salinan-salinannya:
 Ini termasuk:
·       pasport;
·       kad pengenalan dan
·       bil utiliti yang mengesahkan identiti Anda dan atau sebaliknya membuktikan bukti alamat kediaman;
·       Dokumen sumber pendapatan (slip gaji, invois…)
·       serta sebarang dokumentasi tambahan lain yang dianggap perlu oleh pasukan pematuhan Kami.
Kewajipan Undang-undang
Jenis Data yang KhususUndang-undang Perlindungan Data menganggapkan jenis-jenis maklumat peribadi tertentu sebagai khusus, yang mana Kami hanya akan mengumpul dan menggunakan jika undang-undang membenarkan Kami berbuat demikian. Data tersebut termasuk:

·     Hubungan politik;
·     Sabitan jenayah dan kesalahan
Kewajipan Undang-undang
Persetujuan
Untuk menebus tiket acara Anda Nombor telefon bimbit, Alamat Emel, Nama Pengguna, Nama Pertama, Nama Keluarga, Tarikh Lahir, Kerakyatan, bukti dokumen ID, Data Pembayaran (Jumlah / Status Pembayaran / Jumlah $CHZ / Rujukan ID Pembayaran / Jenis Pembayaran), Selfie, Data +1 Anda yang Anda mengemukakan kepada Kami; nombor telefon bimbit, Alamat Emel, Nama Pertama, Nama Keluarga, Tarikh Lahir, Kerakyatan, Bukti dokumen ID. Pelaksanaan Perjanjian,
Kewajipan Undang-undang
Untuk Menghantar Anda Komunikasi Pemasaran atau memanggil Anda untuk menawar Komunikasi PerkhidmatanNama, Nama Keluarga, Alamat Emel, nombor telefon bimbit, pilihan.Persetujuan

Kami mungkin menerbitkan nama pengguna anda dalam App atau Laman Kami atas sebab kefungsian beberapa ciri Kami (iaitu Papan Pendahulu). Kami mungkin berkongsi sebilangan daripada data tersebut dengan Rakan Perniagaan Kami untuk tujuan membekalkan kepada Anda sebahagian perkhidmatan. Sebelum Kami berbuat demikian, Kami akan sentiasa memaklumkan kepada Anda sebagai memenuhi kewajipan perjanjian Kami terhadap Anda, seorang Pengguna. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menghalangkan Kami membekalkan sebahagian perkhidmatan tersebut kepada Anda. Rakan Perniagaan akan meminta persetujuan Anda bagi tujuan pemasaran.

7. BAGAIMANA DAN MENGAPA KAMI MENGUMPUL DATA PERIBADI

Sebagai peraturan am, Kami tidak mengumpul sebarang Data Peribadi, iaitu, maklumat yang mengenalpastikan Anda sebagai seorang individu selain di mana Anda memilih untuk memberikan kepada Kami seperti data (termasuk Butiran Hubungan) yang Anda berikan apabila mendaftar dengan Laman atau Apps, apabila menghubungi Kami dengan pertanyaan berkenaan perkhidmatan Kami, apabila melanggan kepada apa-apa perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami atau melalui Laman Kami atau Apps, seperti apa-apa surat berita  yang dikeluarkan oleh Kami dari semasa ke semasa atau apabila melanggan kepada apa-apa tawaran Kami (dan/atau ahli gabungan Kami dan/atau rakan korporat) yang mungkin ditawarkan dari semasa ke semasa.

Walau bagaimanapun, kami mungkin juga mengumpul data peribadi dari sumber lain, termasuk data syarikat, pangkalan data yang boleh diakses secara umum, rakan pemasaran bersama, platform media sosial dan pihak-pihak ketiga yang lain. Kami juga mungkin menerima Data Peribadi mengenai Anda daripada pihak ketiga apabila Kami perlu mengesahkan butir-butir hubungan Anda. Sekiranya ini berlaku, Kami akan mengambil semua Langkah yang diperuntukkan undang-undang untuk memaklumkan Anda secara selanjutnya mengenai sumber Data Peribadi tersebut serta kategori-kategori Data Peribadi yang kami kumpul dan memproses. Terdapat keadaan tertentu di bawah undang-undang di mana Kami secara khusus dilarang daripada mendedahkan kepada Anda aktiviti tersebut (contohnya, apabila kami menjalankan usaha wajar untuk tujuan pencegahan pengubahan wang haram).

Untuk maklumat mengenai Data Peribadi yang Kami mungkin kumpul secara automatik melalui Laman atau Apps, sila merujuk kepada seksyen Kuki di bawah.

Melainkan dinyatakan sebaliknya dan tertakluk kepada pelbagai kawalan, sebagai peraturan am, Kami hanya mengumpul Data Peribadi (daripada Anda atau sumber lain) di mana Kami:

Untuk membekalkan perkhidmatan kami, dan untuk tujuan mencegah penggunaan perkhidmatan Kami yang tidak sah, kami menjalankan pemprofilan terhadap pelanggan kami dan aktiviti mereka dengan menggunakan proses secara automatik. Walau bagaimanapun, sebarang keputusan yang diambil berdasarkan profil dan maklumat ini diambil oleh orang semula jadi.

Penerangan terperinci tentang sebab kami memproses kategori-kategori data peribadi tertentu serta asas undang-undang yang sepadan untuk berbuat demikian, sila merujuk kepada “Apakah Tujuan Kami Menggunakan Data Peribadi Anda (Tujuan Pemprosesan)” di bawah.

Jika Anda ingin melawat laman “Kerjaya”, Anda akan dialihkan ke laman web Chiliz.com, yang dimiliki oleh salah satu entiti Kumpulan Kami.

8. ASAS DAN TUJUAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI ANDA

8.1 ASAS PEMPROSESAN DATA PERIBADI ANDA

Undang-Undang Perlindungan Data mengizinkan kami menggunakan data peribadi hanya jika Kami mempunyai sebab yang sah untuk berbuat demikian. GDPR menyatakan bahawa kami mesti mempunyai sekurang-kurangnya salah satu sebab di bawah:

Pada 8.2 di bawah, Kami memberi penerangan mengenai tujuan-tujuan di mana Kami menggunakan Data peribadi Anda dan asas undang-undang yang kami masing-masing bergantung kepada untuk berbuat demikian.

 

8.2 TUJUAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI ANDA

Kami mungkin memproses Data Peribadi Anda untuk salah satu atau beberapa tujuan tersebut:

Sekiranya Kami perlu memproses data Anda pada masa depan, untuk tujuan baru yang sama sekali tidak berkaitan dengan yang di atas, Kami akan memaklumkan kepada Anda pemprosesan tersebut terlebih dahulu dan Anda boleh menggunakan hak Anda yang terpakai (seperti yang diterangkan di bawah) berkenaan dengan pemprosesan tersebut.

Akhirnya, sila ambil perhatian bahawa melainkan sebaliknya dinyatakan secara nyata, Anda perlu memberi Data Peribadi yang diminta oleh Kami untuk memproses Data Peribadi Anda untuk mana-mana tujuan yang dinyatakan di dalam Notis Privasi ini. Tanpa Data Peribadi mengenai Anda yang tertentu, Kami mungkin tidak berada dalam kedudukan untuk membekalkan kepada anda sebahagian atau kesemua perkhidmatan yang Anda jangkakan daripada Kami atau untuk menjamin kefungsian penuh Laman kami dan/atau App.

9. NOTA KHUSUS TENTANG PERSETUJUAN

Dalam kes-kes terhad tersebut, Kami akan memproses Data Peribadi Anda atas asas persetujuan Anda, yang Kami akan memperoleh daripada Anda melalui cara yang jelas dan nyata di atas Apps. Dalam kes-kes tersebut di mana Anda memberi Kami persetujuan Anda, Anda mempunyai hak untuk menarik balik persetujuan Anda pada bila-bila masa dan tanpa kos dan dalam cara yang sama dengan cara Anda memberikannya kepada Kami melainkan jika Kami telah menyediakan pilihan alternatif.

Jika Anda menggunakan hak Anda untuk menarik balik persetujuan Anda pada bila-bila masa (dengan menulis kepada Kami menggunakan alamat fizikal atau emel di seksyen 4), Kami akan menentukan pada peringkat itu sama ada terdapat asas undang-undang alternatif yang wujud untuk memproses Data Peribadi Anda (contohnya, di atas asas kewajipan undang undang yang Kami tertakluk kepada) di mana Kami dibenarkan secara sah (atau diwajibkan) untuk memproses Data Peribadi Anda tanpa memerlukan persetujuan Anda dan sekiranya demikian, akan memaklumkan Anda sedemikian.

Apabila Kami meminta persetujuan Anda untuk memproses Data Peribadi Anda untuk tujuan spesifik, Anda tetap bebas untuk menolak, walaupun, jika Anda menolak untuk memberi Kami data yang Kami perlu untuk membekalkan perkhidmatan yang diminta, terdapat kemungkinan Kami tidak dapat membekalkan kepada Anda perkhidmatan tersebut (seperi perkhidmatan lokasi, jemputan kepada acara sukan), secara khususnya jika persetujuan anda merupakan asas undang-undang tunggal yang tersedia kepada Kami.

Untuk menjelaskan lanjut, persetujuan bukan asas tunggal yang membenarkan Kami memproses Data Peribadi Anda. Dalam Seksyen 8 di atas, Kami menyatakan pelbagai asas yang Kami bergantung kepada apabila memproses Data Peribadi Anda untuk tujuan spesifik.

10. KETEPATAN DATA PERIBADI

Kami mengambil semua usaha yang munasabah untuk memastikan semua Data Peribadi yang Kami mungkin memegang mengenai Anda adalah terkini dan tepat, setakat yang mungkin. Anda boleh menyemak maklumat yang Kami memegang mengenai Anda pada bila-bila masa dengan menghubungi Kami dengan cara yang diterangkan di bawah. Jika Anda jumpa apa-apa ketidaktepatan, Kami akan mengubah mereka dan di mana diperlu, memadamkannya seperti yang diperlu. Sila merujuk di bawah untuk senarai hak Anda yang teliti mengenai apa-apa Undang-Undang Perlindungan Data yang terpakai.

11. PEMASARAN LANGSUNG

Kami hanya menghantar mesej mel, emel dan komunikasi lain (termasuk panggilan dan applikasi pemesejan yang lain) berkaitan dengan Perkhidmatan kami yang Anda gunakan (cth. untuk menjemput Anda kepada acara) dan pemasaran bagi pihak kami dan juga bagi pihak rakan kongsi kami di mana kami diberi kuasa untuk berbuat demikian di bawah undang-undang. Dalam kebanyakan kes Kami bergantung kepada persetujuan Anda untuk berbuat demikian (secara khususnya di mana Kami menggunakan komunkasi elektronik). Jika, pada bila-bila masa, Anda tidak lagi ingin menerima komunikasi pemasaran langsung daripada Kami, sila maklumkan Kami dengan menghubungi kami di Support@Socios.com.

Dalam kes pemasaran langsung yang dihantar melalui komunikasi elektronik (di mana Kami diberi kuasa di bawah undang-undang untuk berbuat demikian) Anda akan diberi cara yang mudah untuk memilih keluar (atau berhenti melanggan) daripada menerima apa-apa komunikasi tersebut.

Sila ambil perhatian bahawa walaupun Anda menarik balik apa-apa persetujuan Anda mungkin telah berikan kepada Kami atau jika Anda membantah menerima bahan pemasaran langsung tersebut daripada Kami (dalam kes-kes tersebut di mana Kami tidak perlu persetujuan Anda), dari semasa ke semasa Kami mungkin masih perlu menghantar Anda komunikasi penting tertentu yang Anda tidak boleh memilih keluar daripada.

12. PINDAHAN KEPADA NEGARA KETIGA

Sebagai prinsip am, Data Peribadi yang Kami memproses mengenai Anda (dikumpul melalui apa-apa Laman atau Apps atau sebaliknya) akan disimpan dan diproses di dalam Kesatuan Eropah (EU)/ Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) atau mana-mana negara lain bukan EEA yang dianggap oleh Suruhanjaya Eropah sebagai menawarkan tahap perlindungan yang mencukupi.

Dalam sebilangan kes, terdapat kemungkinan Kami perlu memindah Data Peribadi Anda kepada negara bukan EEA yang tidak dianggap oleh Suruhanjaya Eropah sebagai menawarkan tahap perlindungan yang mencukupi. Dalam kes-kes tersebut, selain daripada semua perlindungan sesuai yang kami melaksanakan, di dalam apa jua keadaan, untuk melindungi Data Peribadi Anda, Kami telah melaksanakan langkah-langkah tambahan yang mencukupi. Contohnya, Kami akan memastikan bahawa penerima diikat di bawah Klausa Perjanjian Standard EU (Klausa Model EU) yang direka untuk melindungi Data Peribadi Anda seperti ia serupa dengan pemindahan intra-EU, dan membekalkan langkah-langkah teknikal dan organisasi seperti yang diperlukan untuk melindungi Data Peribadi Anda. Anda dialu-alukan untuk menghubungi Kami untuk maklumat lanjut mengenai perlindungan mencukupi yang kami laksanakan mengenai pemindahan data tersebut.

13. KOMUNIKASI INTERNET

Anda sedar bahawa data yang dihantar melalui Internet mungkin dihantar merentasi sempadan antarabangsa walaupun di mana penghantar dan penerima maklumat adalah bertempat di negara yang sama. Kami tidak dipertanggungjawabkan untuk apa-apa yang dibuat atau tidak dibuat oleh Anda atau mana-mana pihak ketiga yang berhubungan dengan sebarang Data Peribadi sebelum Kami menerimakannya termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa pemindahan Data Peribaadi daripada Anda kepada Kami melalui negara yang mempunyai tahap perlindungan data peribadi yang lebih rendah daripada yang di dalam Kesatuan Eropah, dan ini, dengan apa jua cara teknologi sekalipun.

Tambahan lagi, Kami tidak akan menerima sebarang tanggungjawab atau liabiliti untuk keselamatan data Anda semasa ia dalam transit melalui internet selainnya jika tanggungjawab Kami terhasil secara eksplisit daripada undang-undang yang berkuat kuasa di Malta.

14. PENDEDAHAN YANG DIBERI KUASA

Tanpa prejudis kepada apa-apa yang terkandung di dalam Notis Privasi ini dan demi kepentingan ketelusan penuh, Kami berhak untuk mendedahkan (dan sebaliknya memproses) apa-apa Data Peribadi relevan berkenaan dengan Anda yang Kami mungkin memproses (termasuk dalam kes-kes tertentu alamat IP yang relevan) kepada pihak ketiga yang diberi kuasa di dalam atau di luar EU/EEA jika pendedahan tersebut dibenarkan di bawah Undang-Undang Perlindungan Data (sama ada Anda telah memberi persetujuan Anda atau tidak) termasuk tetapi tidak terhad kepada  contoh berikut:

15. PERKONGSIAN DATA PERIBADI DENGAN KATEGORI PENERIMA YANG LAIN

Kami mungkin berkongsi data peribadi Anda dengan entiti Kumpulan Kami untuk membekalkan kepada Anda perkhidmatan yang diminta dan untuk tujuan pentadbiran dalaman. Kami juga mungkin berkongsi data peribadi anda dengan pembekal perkhidmatan luaran, untuk tujuan membekalkan kepada Anda perkhidmatan yang anda minta. Dalam kesemua kes, kami hanya akan berkongsi Data anda atas asas “perlu-tahu” untuk memenuhi tujuan yang ditafsirkan di atas.

Kami menggalakkan Anda membaca Notis Privasi pihak ketiga untuk memahami amalan privasi mereka.

15.1 PEMPROSESAN DATA ANDA DENGAN PIHAK KETIGA UNTUK MENAWARKAN KEPADA ANDA PERKHIDMATAN KAMI

Data relevan juga akan didedahkan atau dikongsi seperti yang sesuai (dan dalam kesemua kes menurut Undang-Undang Perlindungan Data) kepada/dengan ahli-ahli dan kakitangan Mediarex, kepada/dengan entiti gabungan Mediarex lain dan/atau sub-kontraktor yang ditubuhkan di dalam Kesatuan Eropah jika berkaitan dengan apa-apa tujuan yang disenaraikan di dalam Notis Privasi ini (termasuk kepada/dengan pembekal perkhidmatan Kami yang memudahkan kefungsian Laman dan App kami dan/atau sebarang perkhidmatan yang Anda mungkin perlu).

Sebarang pendedahan yang diberi kuatkuasa tersebut akan dibuat selaras dengan Undang-Undang Perlindungan Data (contohnya semua pemproses Kami diikat dengan perjanjian oleh sebab keperluan di bawah Undang-Undang Perlindungan Data tersebut, termasuk kewajipan yang ketat untuk menyimpan apa-apa maklumat yang diterima secara rahsia dan untuk memastikan pekerja/kakitangan mereka juga diikat dengan kewajipan serupa). Pembekal perkhidmatan tersebut juga diikat oleh beberapa kewajipan lain (secara khususnya, Artikel 28 dalam GDPR).

15.2 PEMINDAHAN DATA ANDA DENGAN PIHAK KETIGA UNTUK LANJUTKAN PERKHIDMATAN KAMI DAN UNTUK SEBAB PEMASARAN OLEH PIHAK KETIGA

Data Peribadi Anda juga akan dikongsi dengan rakan perniagaan kami, secara khususnya barangan berjenama pasukan sukan (cth. barang dagangan) dan perkhidmatan (cth. tiket acara sukan dan kemasukan ke stadium untuk menghadiri acara sukan) yang Anda secara khususnya memilih untuk mengguna, membeli atau berinteraksi dengan melalui Laman dan/atau App.

Walau bagaimanapun, Data Peribadi anda tidak akan diproses oleh pihak ketiga tersebut untuk tujuan pemasaran mereka melainkan jika Anda telah memberi persetujuan untuk tujuan tersebut. Setelah persetujuan Anda dikumpul di atas Apps Kami, pihak-pihak ketiga yang mana Kami mungkin mendedahkan dan/atau berkongsi Data Peribadi Anda kepada adalah, pada tarikh Notis Privasi in, pihak-pihak yang berikut:

16. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Data Peribadi yang Kami mungkin memegang (dan/atau memindah kepada mana-mana ahli gabungan/rakan kongsi/sub-kontraktor, mengikut kes terpakai) akan dipegang dengan selamat dan selaras dengan polisi keselamatan dalaman Kami dan undang-undang yang terpakai.

Kami menggunakan usaha yang munasabah untuk melindungi kerahsiaan kepada mana-mana dan/atau kesemua Data Peribadi yang mungkin Kami memproses berkenaan dengan Anda dan kami secara berkala menyemak dan mempertingkatkan prosedur teknikal, fizikal dan pengurusan Kami untuk memastikan Data Peribadi Anda dilindungi daripada:

Kami melaksanakan polisi keselamatan, peraturan dan langkah-langkah teknikal dan organisasi untuk melindungi Data Peribadi yang Kami mungkin mempunyai di bawah kawalan Kami. Semua ahli-ahli, kakitangan dan pengawal data (termasuk sub-kontraktor spesifik dan pembekal perkhidmatan awan yang ditubuhkan dalam Kesatuan Eropah), yang mungkin mempunyai akses kepada dan berhubung dengan pemprosesan Data Peribadi, selanjutnya diwajipkan (di bawah perjanjian) untuk menghormati kerahsiaan Data Peribadi Pengguna dan klien Kami serta kewajipan lain yang dikenakan oleh Undang-Undang Perlindungan Data.

Walaupun semua perkara di atas, Kami tidak boleh menjamin penghantaran data atau sistem simpanan boleh 100% selamat. Pihak ketiga yang diberi kuasa, dan pembekal perkhidmatan pihak ketiga/luaran, dengan akses yang dibenarkan terhadap Data Peribadi Anda (seperti yang diterangkan di dalam Notis Privasi ini) adalah secara khususnya diperlukan untuk menggunakan langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang sesuai untuk melindungi Data Peribadi daripada pendedahan, kehilangan atau kemusnahan tanpa kebenaran atau tidak sengaja dan daripada pemprosesan yang tidak sah di sisi undang-undang.

Seperti yang dinyatakan di atas, pembekal perkhidmatan tersebut juga diikat oleh beberapa kewajipan selaras dengan Undang-Undang Perlindungan Data (secara khususnya, Artikel 28 dalam GDPR).

17. TEMPOH PENYIMPANAN

Di bawah Undang-Undang Perlindungan Data EU, Kami akan menyimpan Data Peribadi Anda hanya sepanjang tempoh yang diperlukan (dengan mengambil kira tujuan asalnya diperolehi). Kriteria Kami mengguna untuk menentukan apakah “perlu” bergantung kepada Data Peribadi tertentu dan hubungan spesifik yang Kami mempunyai dengan Anda (termasuk tempohnya).

Amalan standard Kami adalah untuk menentukan sama ada terdapat sebarang undang-undang Malta atau EU (contohnya undang-undang cukai atau korporat) yang membenarkan atau bahkan mewajibkan Kami menyimpan Data Peribadi tertentu untuk tempoh masa yang tertentu (dalam keadaan demikian Kami akan menyimpan Data Peribadi untuk tempoh maksimum yang ditetapkan oleh undang-undang tersebut).

Kami juga perlu menentukan sama ada terdapat sebarang undang-undang dan/atau peruntukan kontrak yang mungkin digunakan oleh Anda terhadap Kami dan/atau oleh pihak ketiga dan jika demikian, apa tempoh yang ditetapkan untuk tindakan tersebut (ini biasanya lima (5) tahun). Dalam keadaan tersebut, Kami akan menyimpan Data Peribadi relevan yang Kami mungkin perlu untuk mempertahankan pihak Kami daripada sebarang tuntutan, cabaran atau tindakan lain oleh Anda dan/atau pihak ketiga untuk tempoh yang diperlukan.

Kami akan menyimpan Data Peribadi anda di sistem Kami untuk tempoh yang lebih panjang dalam tempoh-tempoh berikut:

Di mana Kami tidak lagi memerlukan Data Peribadi Anda, kami akan memadamkan atau menyahperibadikan Data Peribadi tersebut dengan selamat.

18. PEMPROSESAN UNTUK SEBAB PENYELIDIKAN DAN STATISTIK

Penyelidikan dan statistik yang menggunakan maklumat Pengguna atau klien hanya dijalankan supaya Kami boleh memahami keperluan Pengguna dan/atau klien Kami dan untuk memperkembangkan dan mempertingkatkan perkhidmatan/aktiviti Kami. Dalam apa-apa jua keadaan, Kami akan selalu memastikan Kami memperolehi apa-apa persetujuan daripada Anda yang Kami perlukan dari sisi undang-undang terlebih dahulu. Seperti dalam semua kes lain, Kami juga akan memastikan untuk melaksanakan kesemua perlindungan yang sesuai seperti yang diperlukan.

19. PAUTAN KEPADA SUMBER PIHAK KETIGA

Pautan yang mungkin Kami berikan kepada tapak web pihak ketiga ditanda dengan jelas dan Kami tidak bertanggungjawab dalam apa-apa cara sekalipun (kami juga tidak boleh dianggap sebagai menyokongkan dalam apa-apa cara sekalipun) terhadap kandungan laman web tersebut (termasuk apa-apa jenis polisi privasi atau operasi pemprosesan data yang terpakai). Kami mencadangkan Anda meneliti polisi privasi laman web pihak ketiga tersebut.

20. KUKI

Apabila Anda melawat laman Kami atau menggunakan App kami, Kami akan mengumpul kategori Data Peribadi tertentu secara automatik melalui penggunaan kuki dan teknologi serupa.

Untuk maklumat yang lebih lanjut termasuk apakah kuki dan bagaimana dan mengapa Kami memproses data tersebut dengan cara ini (termasuk perbezaan antara kuki yang “penting” dan “tidak penting”), sila membaca Notis Kuki yang terperinci Kami: https://www.socios.com/cookies-policy/

Terdapat kemungkinan Laman/App Kami juga mempunyai ciri widget media sosial. Widget media sosial adalah dihos oleh pihak ketiga atau secara langsung pada laman kami. Semasa menggunakan widget tersebut atau laman web kami pada platform pembekal tersebut, kami menggalakkan anda membaca dan merujuk kepada notis privasi mereka secara masing-masing.

21. ORANG YANG BAWAH UMUR

Laman, App dan perkhidmatan Kami tidak bertujuan untuk digunakan oleh sesiapa yang berumur di bawah lapan belas (18) dan oleh sebab itu Kami tidak akan sengaja mengumpul atau memporses sebarang Data Peribadi daripada orang bawah umur seperti ini. Jika Anda di bawah umur untuk memberi persetujuan, sila merunding dan mendapat kebenaran ibu bapa Anda atau penjaga yang sah anda untuk menggunakan laman, App dan apa-apa perkhidmatan lain Kami.

Kami akan menggangap semua Data Peribadi bagi orang-orang – bergantung kepada bidang kuasa – di bawah umur enam belas (16) atau lapan belas (18) yang Kami telah terima, sebagai telah dihantar dengan kuasa yang sah daripada pemegang tanggungjawab ibu bapa bagi anak tersebut dan bahawa penghantar boleh menunjukkan kuasa sedemikian pada bila-bila masa, atas permintaan kami.

22. HAK ANDA DI BAWAH UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN DATA

Sebelum memberi maklumbalas kepada sebarang permintaan yang Anda buat dengan Kami, Kami mungkin perlu mengesahkan identiti Anda terlebih dahulu.

Seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen Tempoh Penyimpanan di atas, Kami mungkin perlu menyimpan Data Peribadi tertentu untuk mematuhi kewajipan penyimpanan undang-undang Kami dan juga untuk melengkapi transaksi yang Anda minta sebelum perubahan atau pemadaman yang Anda minta.

Jika Anda berada di dalam EU/EEA, di bawah keadaan tertentu, Anda mempunyai hak mengikut undang-undang untuk:

Jika Anda tidak berada dalam EU/EEA, sila hubungi Kami di dataprotection@socios.com untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai keperluan perlindungan data dalam bidang kuasa yang Anda berada dalam.

23. APAKAH YANG KAMI MUNGKIN PERLU DARIPADA ANDA

Kami mungkin perlu meminta maklumat spesifik daripada Anda untuk membantu kami memahami sifat aduan atau permintaan Anda, untuk mengesahkan identiti Anda dan memastikan hak Anda untuk mengakses maklumat (atau untuk menggunakan apa-apa hak Anda yang lain). Ini merupakan lagi satu langkah keselamatan sesuai untuk memastikan maklumat peribadi tidak didedahkan kepada orang yang tidak mempunyai hak untuk menerimakannya.

Jika permintaan anda dalam menggunakan hak-hak yang dinyatakan di atas secara nyata tidak berasas atau berlebihan, secara khususnya oleh sebab sifat mereka yang berulang-ulang, Kami berhak untuk mengenakan bayaran yang munasabah kepada Anda yang akan ditentukan mengikut budi bicara Kami, dengan mengambil kira kos pentadbiran yang ditanggung oleh kami untuk memberikan maklumat atau komunikasi atau mengambil tindakan yang diminta oleh Anda. Kami akan berkomunikasi dengan anda terlebih dahulu mengenai jumlah bayaran yang akan dikenakan dalam keadaan demikian.

24. TEMPOH UNTUK KAMI MEMBALAS PERMINTAAN ANDA?

Dalam semua kes, Kami akan cuba bertindak atas permintaan anda secepat yang munasabah mungkin, selambatnya dalam tempoh satu bulan permintaan tersebut diterima (yang tempoh boleh dilanjutkan lagi dua (2) bulan di mana perlu), mengambil kira kerumitan dan jumlah permintaan. Kami akan memaklumkan Anda mengenai apa-apa lanjutan dalam tempoh satu (1) bulan penerimaan permintaan, bersama dengan sebab bagi kelewatan.

Jika Anda tidak berada dalam EU/EEA, undang-undang dalam negeri untuk bidang kuasa yang Anda berada dalam mungkin nyatakan tempoh masa yang berbeza. Jika Anda ingin menerima maklumat lanjut, sila hubungi Kami di dataprotection@socios.com.

25. PENGEMASKINIAN

Kami berhak untuk mengubahsuai Notis Privasi ini secara unilateral pada bila-bila masa, terutamanya jika kewajipan berkanun memberi mandat sedemikian atau kepentingan keselamatan pengguna kami memerlukannya. Untuk memaklumkan Anda apabila kami membuat perubahan kepada Notis Privasi ini, Kami akan memindah tarikh semakan. Kami tidak akan memaklumkan anda mengenai perubahan tersebut secara rasmi, dan oleh sebab ini ia adalah dalam kepentingan Anda untuk menyemak laman Notis Privasi ini dari semasa ke semasa untuk membiasakan diri dengan sebarang perubuhan, melainkan jika perubahan adalah substansial, dalam hal ini Kami akan memberitahui Anda tentang perubahan dan menawarkan anda peluang untuk melihat perubahan ini dan memutuskan sama ada anda ingin kekal sebagai pelanggan kami sebelum perubahan ini berkuat kuasa.

26. BAHASA

Selaras dengan undang-undang perlindungan data tempatan, Notis Privasi ini juga tersedia dalam Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman dan percanggahan dengan versi Bahasa Inggeris, versi Bahasa Inggeris akan tergunapakai.